Posted by : Unknown
Senin, 10 Oktober 2016
Cinta Dalam Islam
Cinta harus diungkapkan dengan baik dan benar sesuai dengan ukurannya. Jika tidak, boleh merosakan.
Aturan cinta dan kasih sayang ini perlu
dipelihara, sehingga boleh terpelihara dan keindahannya selalu terjaga
serta menjadi benteng yang kukuh.
Contohnya,
lihat pada pasangan suami-isteri. Cinta dan kasih sayang boleh menjadi
benteng yang sangat kuat untuk menghadapi cubaan dan ujian dari Allah.
Bila kita mampu menjaga kehadiran rasa sayang dan cinta, kita akan memiliki perlindungan yang terbaik untuk menghadapi tentangan besar dan badai kehidupan.
Namun, seringkali manusia tidak mengetahui hikmah yang tersembunyi di balik sebuah cubaan dan ujian. Lebih lagi apabila seorang manusia telah menggunakan egonya.
Biasanya mereka akan kalah dan cenderung mempesoalkan tentang ujian dan cubaan yang menimpanya.
Contohnya ketika seseorang meluahkan
perasaannya kepada orang yang disukainya. Kemudian mereka yakin bahawa
hubungan mereka akan berjaya ke jinjang pelamin.
Namun, mereka putus di tengah jalan.
Fenomena ini biasa terjadi dalam
masyarakat, tetapi kita seringkali sukar menghadapinya. Bila tidak
berhati-hati, boleh menyebabkan kekecewaan dan mempengaruhi hingga ke
sendi-sendi kehidupan seseorang.
Sering kalahnya manusia dalam ujian percintaan merupakan kes yang biasa mendera kaum muda.
Padahal, generasi muda sangat diharapkan oleh masyarakat sebagai agen perubahan. Sangat sayang apabila mereka hilang dalam perjuangan zaman, hanya kerana urusan cinta dan kasih sayang.
Kegagalan menjaga rasa cinta. Mereka
hanya tidak mampu menguruskan fitrah yang sangat mendasar ketika
menghadapi ujian kehidupan.
Ketika kaum muda putus cinta,
seolah-olah putus segala harapan untuk mendapatkan kasih sayang dari
jantina berlawanan. Padahal tidak. Kesempatan mereka untuk mendapatkan
kasih sayang dalam koridor yang sebenar masih terbuka lebar.
Meskipun begitu, sebaiknya kita
mengharapkan cinta dan kasih sayang dari Allah. Cinta dan kasih sayang
tertinggi dan terbaik dibandingkan cinta dan kasih sayang dari manapun.
Kita seharusnya selalu berprasangka
positif terhadap Allah. Sehingga mampu menjadikan kita menerima
kenyataan apabila ungkapan cinta dan kasih sayang terhadap sesama kita
terputus di tengah jalan.
Kita juga jangan sampai kehilangan
pegangan hidup, iaitu Islam. Bagaimana pun, sesuatu yang kita peroleh
adalah hasil terbaik yang diberikan Allah.
Meskipun pada awalnya kita tidak memahami dan merasa sakit, tetapi apabila kita percaya bahawa hal tersebut merupakan yang terbaik, kita akan ikhlas menerimanya.
Bagaimana memelihara dan mengelola perasaan cinta dan kasih sayang yang baik terhadap pasangan?
Biasanya, sebelum berumah tangga para pemuda & pemudi selalu mendesak dan seakan terdesak untuk segera menikah. Tetapi, setelah berumah tangga, akan terasa hambar kerana semuanya sudah diketahui dan terbuka.
Impian yang pernah dicita-citakan
sebelum bernikah dahulu, seringkali kandas dalam pertikaian, kekerasan
dalam rumah tangga, dan penceraian.
Dalam hal ini, ada kegagalan dalam menjaga cinta dan kasih sayang.
Bagaimana Rasulullah mengajar cinta dalam Islam?
Rasul sendiri selalu memberikan
kehangatan kepada isteri-isterinya, terutama Aisyah. Beliau selalu
bermain serta memuji Aisyah. Sederhana dan mudah dipraktikkan untuk
memelihara kehangatan.
Contohnya dengan mengamalkan untuk mencium isteri 3 kali sehari.. Tidak perlu sembunyi-sembunyi. Kalau boleh, dihadapan anak-anak agar mereka boleh melihat ibubapanya yang bahagia.
Rasul juga selalu mencontohkan untuk menyampaikan kata-kata yang baik kepada isteri setiap hari seperti, “Kamu cantik sekali hari ini.”
Rasul mencontohkannya dengan selalu memanggil Aisyah dengan jolokan si “pipi merah”.
Ekspresi seperti ini, walaupun nampak mengada-ngada, tetapi ia merupakan doa yang terungkap dari dalam hati.
Tidak perlu membelikan alat-alat
kecantikan yang mahal agar isteri menjadi semakin cantik dari hari ke
hari. Cukup dengan memujinya setiap hari, maka isteri akan kelihatan
lebih cantik, meskipun semakin tua dari hari ke hari.
Kerana kecantikan isteri ada di dalam hatinya.
Amalan baik ini akan selalu dilihat oleh
Allah. Allah berjanji apabila ada hambanya yang melakukan kebaikan
dengan berusaha memelihara kasih sayang dan menjaga cinta sebagai
seorang suami kerana Allah, Allah akan semakin mendekatinya.
Bila hambanya mendekati dengan berjalan,
Allah akan menjemputnya dengan berlari. Janji ini sepatutnya dijadikan
motivasi bagi kita untuk selalu menjaga keluarga kita sebaik-baiknya.
“jangan menghabiskan cinta dan kasih sayang pada masa sebelum menikah.Masih ada perjalanan panjang dalam rumah tangga nanti”.
baiklah ukhti, berarti dari pada pacaran lebih baik menikah
BalasHapussemoga bermanfaat postinganya
BalasHapusiya ukhti lacan... lebih baik begitu
BalasHapusdan aiy suci malas komennya
nice info gan
BalasHapus