Posted by : Unknown
Senin, 10 Oktober 2016
Solat Istikharah – Pembuka Ketenangan Jiwa dan Kedamaian Hati
Pertama
sekali, marilah kita sama-sama beristighfar dan mengucap syukur di
atas nikmat yang Allah berikan kepada kita berupa kemanisan iman dan
islam.
Dengan
dua nikmat ini, Allah memberikan kita kebersihan hati dalam menilai
segala perkara dan menenangkan kita terhadap musibah yang menimpa.
Sebagai permulaan, mari kita melihat dan merenung , apakah yang dimaksudkan dengan istikharah.
Istikharah merupakan salah satu cara yang Allah berikan kepada kita, sebagai salah satu medium kita berserah , tunduk kepadaNYA.
Ianya
hanyalah medium perantaraan antara kita dengan Allah, sedangkan
natijah yang terhasil dari istikharah itu sendiri adalah pergantungan
diri kita terhadap Allah.
Isi
terpenting pada istikharah adalah kepercayaan, keyakinan dan
kebergantungan kita kepada Allah,itulah yang dimahukan dari istikharah.
Bukanlah
istikharah itu kita bergantung pada ruku’ dan sujud yang dilakukan ,
tetapi adalah tunduknya HATI pada segala ketentuan yang ALLAH telah
aturkan.
selain
dari itu, istikharah tidak memperlihatkan masa depan kita, ianya
hanyalah medium antara kita dan Allah, sebagai tanda kita betul-betul
mengharapkan petunjukNYA dalam setiap perkara yang dilakukan.
Ada yang memahami, bahawa dengan istikharah , maka jawapan paling tepat adalah melalui mimpi. Tidak sekali-kali.
Istikharah merupakan penyerahan penuh diri seorang hamba terhadap segala ketentuan Tuannya.
Dan istikharah dilakukan setelah usaha secara optimum terhadap perkara yang ingin kita lakukan.
Sebagai contoh , dalam bab mencari jodoh, seseorang gadis didatangi seornag pemuda yang entah dari mana datangnya berjumpa dengan keluarganya, menyatakan hasrat di hati ingin memperisterikan gadis tersebut. Maka adalah menjadi tugas warisnya dan dirinya menyelidiki siapakah pemuda tersebut. Apakah benar baik agamanya , kedudukannya seperti yang diberitakan.
Maka perlu bagi warisnya atau diupah seseorang untuk pergi ke kawasan perumahan pemuda tersebut, bertanyakan jiran-jirannya, tentang akhlaknya, agamanya, pekerjaannya, sikapnya. Setelah selesai semua penyelidikan, maka perkara seterusnya, terserahlah pada gadis tersebut.
Di sinilah peri pentingnya istikharah, dalam menentukan bahawa keputusan yang diambil tidak berdasarkan kegopohan bahkan dari ketenangan hati.
Contoh kedua , apabila sedang dalam pertimbangan mencari sebuah rumah. Maka setelah segala usaha dibuat, diselidiki dan dibuat perbincangan, maka solat istikharah dilakukan, agar segala keputusan yang hadir benar-benar dari ketenangan hati.
Perbincangan
, penelitian yang hadir serta nasihat-nasihat yang diterima hasil
dari perbincangan adalah satu satu cara seseorang itu memohon
istikhrah dari Allah.
Penyerahan
kita pada Allah dalam menentukan hasil yang akan kita perolehi adalah
setelah kita berusaha secara optimum sebelum dan selepas solat sunat
istikharah.
Isi Terpenting Istikharah
Mengapa dalam pelbagai hal, perlu kita istikharah?
Apakah tidak boleh terus sahaja kita melakukan hal tersebut?
Kita
tidak menafikan bahawasanya kita mempunyai akal yang diberikan dengan
penuh kesempurnaan, tetapi kesempurnaan akal dalam berfikir punyai
hijab yang kita tidak boleh menyingkapnya, itulah perkara akan datang.
Keterbatasan
akal merupakan salah satu kekurangan yang akal punyai, dan kekurangan
ini perlu ditampung dengan sesuatu, agar kelak kemudian, ianya menjadi
suatu kesempurnaan.
Inilah
yang dimahukan Tuhan Yang Mencipta, Allah, yang Maha Bijaksana, Dia
memberikan manusia sesuatu tetapi tidak memberikannya sepenuhnya, agar
manusia kembali kepadanya.
Oleh itu, ingatkan kamu kepadaKU (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKU) supaya aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKU dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKU) (152)
Wahai sekalian orang-orang yang beriman ! Mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan dengan sembahyang kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang bersabar (153) (Sapi Betina -Albaqarah)
istikhoroh membawa ketenangan tersendiri dalam diri untuk menyelesaikan masalah
BalasHapus